ISTERI

.:h@nya..sekaDar..luAhan..Rasa:.

Aku meroyan..

dalam mana laut tu, dlm lagi hati seorang wanita. btul tak pembaca?

tapi…. pembaca2 mengutuk kecantikkan yang ada pada wanita kerana mereka tidak mahu menutupi aurat sedangkan mereka itu mahu bebas memilih cara hidupnya sendiri…

dalam mana laut tu, dlm lagi hati seorang ibu. btul tak anak2?

tapi…. anak2lah yang mengutuk2 pengorbanan seorang ibu yang mengandung,melahirkan dan menyusukan..

dalam mana laut tu, dlm lagi hati seorang isteri. btul tak akukaya?

tapi kenapa aku yang sakit??
dimana anak ku?
anak ku di ambil oleh mak mertua ku….
dimana suami ku?
suami ku sibuk dengan perkerjaannya…

yang aku ada ibu, ayah, nenek saudara mara ku..yang mahu mendengar rintihan hatiku…

hormatlah ibu mertuamu, kerana surga bagi kaum lelaki juga terletak ditelapak kaki ibu mertuamu..betultak ustaz?

nenek ku sakit di ipoh tak mampu aku menjengok..kerana aku sakit..
tapi bila aku sakit..sekejap je Allah bawa nenek aku ke rumah ibuku..meroyan kah itu namanya..gilakah aku??

esok kaalo ada yang mati akulah yang akan memandikan jenazah orang tua ku..

kerana ubat, aku tak boleh menyusukan anak ku..siapa yang menyakiti (mengilakan) aku?? suami ku atau anak??

hati ku ikhlas seperti lagu ustaz akhil.. ikhlas hati..

“aku bukan seperti engkau sangkakan..
pura2 di dalam berjuang…(berjuang utk cinta pada akukaya …salahkah?)
aku tidak pandai bersulam kata..jugak tak pandai bermadah bicara..(aku tak pandai membebel/mengosip/mengutuk benda2 yang buruk orang lain kerana aku pendiam…)

BERHIJRAHLAH (LABAH-LABAH) 1REJAB 1429H
GENAP 60HARI AKU BERPANTANG…
BEBASKANLAH AKU DARI AMALAN BERPANTANG YANG MENENSIONKAN AKU..

Comments (3)

Amalan Sunat Selepas Kelahiran Zuriat

Huhu..berdebar rasanya menunggu kelahiran sulung bayi aku dan suami ke dunia ini. Adakah benar jantinanya perempuan seperti yang discan oleh doktor atau adakah jantinanya lelaki seperti yang diramalkan oleh orang-orang yang sudah berpengalaman. Tinggal satu kali lagi jumaat (7hari) dari tarikh post ini untuk aku mengetahuinya. Apa pun aku masih lagi bekerja macam biasa. Ala, lagi 3 hari aje lagi aku perlu bekerja.

Berikut adalah amalan-amalan sunat yang bakal aku dan suami lakukan sebagai tanda kesyukuran kami menyambut kelahiran sulung ini:

  1. Azan dan iqamat
    -Anak lelaki di azan pada telinga kanan dan iqamat pada telinga kiri.
    -Anak perempuan di iqamat hanya pada telinga kiri.
    Sabda Rasulullah diriwayat oleh Baihaqi dan Ibnu Sunni dari Hasan bin Ali: “Sesiapa yang melahirkan anak maka hendaklah ia melakukan azan di telinga anaknya yang kanan serta iqamat pada telinga kiri, nescaya anak tidak dicabuli oleh Ummu Sibyan (jin perempuan yang mengganggu kanak-kanak)”
  2. Membaca ayat Qulhuwallah (surah al-Ikhlas) dan ayat 36 surah al-Imran.
    -Rahsia dan kelebihannya adalah agar anak dihindari daripada gangguan dan tipu daya syaitan, menandakan kehebatan alam semesta ciptaan Allah, mengajar syariat Islam (melalui kalimah syahadah) dan menanamkan kalimah mulia dalam hati.
  3. Memberi nama yang baik
    -Nama yang baik adalah nama-nama yang ada hubung kait dengan Islam atau pengertian yang indah.
    Tegas Rasulullah diriwayat oleh Muslim: “Nama-nama kamu yang kamu paling disukai oleh Allah ialah Abdullah dan Abdul Rahman”
  4. Tahnik (Belah Mulut)
    -Menggunakan buah tamar yang dimamah lumat dan disuapkan sedikit kepada bayi dan gerakan ke kanan dan ke kiri.
    -Ini bertujuan untuk mendidik bayi agar mudah menyusu dan menjana sifat taqwa, kesejahteraan dan kefasihan lidah.
  5. Cukur rambut
    -Sunat mencukur rambut bayi ketika bayi berusia 7 hari.
    -Berat rambut ditimbang sama dengan nilai emas atau perak dan disedekah dengan nilainya kepada fakir miskin.
    -Bercukur boleh melebatkan rambut, menguatkan kulit kepala, menyuburkan pancaindera (mata, penglihatan, pendengaran dan deria bau).
    -Adalah dilarang membuat jambul.
    Rasululah s.a.w menegaskan dari Abdilah bin Omar r.a berkata (hadis riwayat al-Sahihain): “Rasululah s.a.w telah melarang meninggalkan rambut bertompok-tompok”
  6. Aqiqah
    -Sunat melakukan aqiqah ketika bayi berusia 7 hari.
    Dari Samrah bin Jundub r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda (hadis riwayat Abu Daud): “Tiap-tiap bayi itu tergadai dengan aqiqahnya. Disembelih kambing atau biri di hari yang ketujuh dan dicukurkan rambut serta diberi nama ke atasnya”

    -Anak lelaki disunatkan sembelih dua ekor kambing atau biri-biri dan satu ekor bagi anak perempuan (kambing atau biri sampai umur seperti untuk korban).
    Dari Habibah binti Maisarah (hadis riwayat Abu Daud):”Ia pernah mendengar Rasululah s.a.w berkata untuk lelaki dua ekor kambing yang sama besar dan untuk perempuan seekor kambing”

    -Daging aqiqah digalakkan di masak gulai manis dan tulangnya tidak dipatahkan.
    Sabda Rasululah (hadis riwayat al-Baihaqi): “Dari Aisyah r.a yang sunat dua ekor kambing yang sekupu (sama besar) untuk bayi lelaki dan bayi perempuan seekor dimasakkan secara berangkai-rangkai dan jangan dipatah-patahkan”

Comments (4)

Lelaki Sejati Tahu Menggunakan Seterika

Gosok jangan tak gosok… Saja aku postkan benda alah ni buat pedoman isteri-isteri dan anak-anak juga tak lupa kepada lelaki-lelaki sejati a.k.a suami-suami mithali dalam mengosok pakaian terutamanya kemeja dan seluar.

Persiapan menggosok pakaian.

  1. Baca label maklumat yang terdapat di bahagian kolar baju dan di garis pinggang seluar pakaian anda untuk mengetahui tahap kepanasan yang diperlukan untuk menggosok fabrik tersebut.
  2. Sediakan peralatan menggosok seperti seterika, tempat menggosok yang rata (sebaiknya menggunakan papan gosok seterika) dan penyembur air untuk membantu melicinkan kedutan. Jika desiran air terjadi apabila air disemburkan pada permukaan bawah seterika, itu menandakan bahawa seterika sudah panas dan sedia untuk menggosok.

Langkah-langkah menggosok kemeja:

  1. Butang.
    -Tanggalkan segala butang termasuk butang di pergelangan lengan.
  2. Bahagian kolar belakang.
    -Telangkupkan kemeja dan gosok bahagian belakang kolar terlebih dahulu.
    -Gosok pula bahagian hadapan.
    -Gosok dengan gerakan pendek ke atas dan ke bawah tanpa berhenti kerana jika anda berhenti walaupun beberapa saat, takut pula baju akan ‘melecur’ atau terbakar.
  3. Bahagian lengan.
    -Letakkan salah satu daripada lengan di atas papan seterika mengunjur ke hujung papan.
    -Urut dengan tangan agar ia betul-betul rata dan tegangkan bahagian yang terkelepet.
    -Gosok dari bahagian atas lengan beransur-ansur ke bawah tanpa menggosok bahagian pergelangan.
    -Setelah selesai menggosok bahagian depan dan belakang, gosok pula lengan yang satu lagi.
    -Kemudian, barulah gosok kedua-dua bahagian pergelangan.
  4. Bahagian badan.
    -Rentangkan separuh bahagian depan baju selari dengan papan gosok.
    -Gosok dari bahagian bahu ke bawah.
    -Alihkan baju ke bahagian belakang
    -Gosok keseluruhan bahagian belakang kemudian alih ke bahagian depan yang satu lagi.
  5. Siap utk digantung!

Langkah-langkah menggosok seluar:

  1. Bahagian dalam.
    -Terbalikkan seluar dan gosok bermula dari bahagian atas, pinggang dan kelangkang, turun ke saku dan akhirnya pelipat di bawah.
  2. Bahagian luar.
    -Kembalikan seluar dalam keadaan yang betul.
    -Masukkan salah satu daripada kaki seluar ke dalam hujung papan gosok menjadikan seolah-olah papan tersebut memakai seluar tersebut.
    -Tarik pangkal seluar sehingga benar-benar rata kemudian gosok.
    -Lakukan pula pada bahagian seluar yang sebelah lagi.
    -Tanggalkan seluar daripada papan gosok.
    -Lipatkannya dua selari memanjang.
    -Gosok dari atas ke bawah pada setiap bahagian.
    -Ambil hujung seluar dan tariknya ke arah pinggang untuk menggosok bahagian dalam lipatan.
    -Gosok bahagian pelipat bawah seluar.
  3. Siap utk digantung!

Diolah dari : http://www.kosmo.com.my

Comments (3)

Anak ku

new baby

pregnancy

Comments (6)

Shoping for Baby and for mummy Baby

Berikut adalah senarai2 barangan yang perlu di beli atas persediaan menimang cahaya mata. Aku seperatekan mengikut situasi dan tempat penggunaan barangan bayi. Orang tua2 ada berpesan, kalo beli barangan bayi, better beli selepas 7bulan ngandung.. Sebab apa?? Aku pun tak tau.. Bak kata Raja Lawak Musim ke-2.. “Lu pikir lah sendiri..”

Di Bilik Persalinan Bayi:
Lampin
Diapers
Barut
Sarung kaki
Sarung tangan
Topi bayi
Baju bayi
Seluar bayi
Tuala mandi bayi
Selimut bayi yang ada kepala
Minyak telon
Minyak yuyi
Baby oil
Bedak
Lotion Baby
Cream utk nappy rash-pureen nappy rash
Gunting kuku baby
Cotton bud
Cotton ball
Kabinet/Bakul baju utk baby
Bakul kecil utk letak baju baby yang nak dibasuh

Di Bilik Tidur Bayi:
Tilam
Bantal
Tikar getah (sebagai alas ketika change lampin/diapers)
Kelambu
Katil baby

Di Bilik Mandi Bayi:
Alas getah besen
Besen mandi bayi
Toiletries (Syampu, Sabun)

Di Dapur Bayi:
Botol susu
Puting
Berus botol
Bag barangan baby
Termos kecil-kalau baby susu botol
Breast pump-pureen battery pump
Pengepit botol-utk rebus atau sterilized

Dan buat si ibu yang mengandung, berikut adalah barangan yang ada perlu sediakan buat diri sendiri.

Pakaian Mengandung (Cotton)
Tuala wanita
Seluar dalam pakai buang
Jamu bersalin
Stokin kaki
Barut Perut
Batu tungku
Baju dalam khas utk menyusukan bayi

Buat si bapa pula sedia2kanlah ongkosnya. Dan bersedialah utk mengazan/mengqamatkan bayi, pecah mulut bayi dengan air zam-zam atau kurma, menanamkan uri isteri serta menamakan dan mendaftarkan bayi anda..

Ada apa lagi yang perlu ditambah. Sila tinggalkan di ruang comment..

Comments (3)

Siapa Paling Jahil

Di sebuah kg ada 3 org remaja yg suka lepak. Sorang tu nama dia Ali,
sorang tu Budin dan sorang lagi Ciko. Aktiviti seharian depa ni
menybbkan tok imam x senang duduk. Pd satu hari tok imam tu dtg dg
niat nak tarbiyah depa ni.
 
Maka berlakulah bbrp insiden cabar-mencabar.
Tok imam tu cabar si mangkuk 3 ekor tu ke surau waktu Maghrib nnt.
 
Si Ali pun berkata, “Tok imam ingat kami ni jahil sangat ke? Takpa, nnt kami
buktikan yg kami bkn la jahil sgt spt yg disangkakan” .

Maka apb hampir masuk waktu Maghrib pegilah malaun 3 ekor tu ke surau.
 
Tok imam pun suruh Ali azan. Tanpa berlengah terus je Ali azan,
“Allah Ta’ala… Allah Ta’ala…” Dg segera tok imam merampas mikrofon drp
Ali & menyuruh tok bilal azan semula. Terselah kejahilan Ali.

Selepas iqamat, masa nak sembahyang tok imam pun mengangkat
takbiratul ihram. Tok imam pun satu hal, angkat sekali x khusyuk, angkat 2x pun
x khusyuk jgk lg..
 
Masuk je kali ketiga, Budin panggil tok imam. “Tok,tok duduk kat belakang, biar saya jadi imam.”
Tok imam pun undur le ke belakang.

Budin pun angkat le takbiratul ihram. “Allahu akbar!” Maka para
makmum pun ikut angkat takbiratul ihram & memulakan solat. Tiba2 je si Budin
ni pusing ke belakang dan berkata, “Aa, tengok! Sekali jee tokkkk!!”
Lalu batallah solat Budin. Yg lain2 pun ikut berenti sambil ketawa terbhk2.

Tok imam pun mintak pulak si Ciko jadi imam. Si Ciko pun terus ke
depan jadi imam solat tersebut bermula dari takbir sampai le habis
sembahyang.
Siap dg wirid2nya sekali. Punyalah respek tok imam kat si Ciko
niii…
 
Lepas solat, tok imam pun puji-memuji leee si Ciko ni… Tapi dgn
bongkaknye si Ciko berkata,
 
“He hee, itu belum ambil wuduk lagi tu.Kalau tak, lagi dassat aku semayang. He heee…”
Tok imam pun terkedu & terpana…

Comments (3)

18 Petua Mengasihi Teman Hidup Anda

1. Setiap manusia mudah terangsang melalui penglihatan mata. Pakailah pakaian yang menarik tertarik de boom perhatian pasangan anda. Lemparkan senyuman yang bermakna dan ikhlas. Berdandanlah dengan sempurna dan selitkan jelingan-jelingan manja.

2. Kepulangan pasangan anda ke rumah dari outstation/ tempat kerja perlu disambut dengan gembira. Mana kala jika pasangan anda keluar dari rumah, hantarlah pemergiannya dengan hati yang sedih dan mengharapkan kesetiaannya. Jangan lupa untuk amalkan bersalaman dan berciuman ketika pasangan anda pulang/mahu meninggalkan rumah.

3. Nyatakan rasa sayang anda kepada pasangan setiap hari (ILOVEU 23X kebaboom), walaupun setelah anda beranak cucu. Jangan anggap diri anda terlalu tua untuk itu semua.

4. Sentuh dan belailah pasangan anda selalu. Curi-curi mencium pasangan anda ketika tidak dilihat oleh orang lain. Pegang tangannya atau bahunya bila berjalan-jalan. (sure romantik bangat)

5.  Amalkan masuk tidur bersama pasangan anda. Inilah antara masa yang paling manis dalam kehidupan berumahtangga. Untuk itu, isteri berperanan menidurkan anak-anak lebih awal.

6. Jika anda meminta pertolongan dari pasangan anda dan pasangan anda membantu tetapi tidak sempuna perbuatannya, jauhilah dari berleter atau marah kepadanya. Ini akan hanya menyebabkannya berjauh hati dan merajuk. (karang tak pasal2 kena pujuk)

7. Jagalah anak-anak anda dengan baik dari segala segi. Elakkan dari sentiasa memarahi anak-anak anda, gunakan strategi memujuk dan mendorong. Jika anda selalu marahkan anak-anak anda di depan pasangan anda, pasangan anda mungkin merasa kurang senang.

8. Selalulah memicit-micit dan mengurut pasangan anda. Amalkan mandi bersamanya dan menggosok-gosok badannya. Jangan sekali mengatakan pasangan anda busuk, pengotor, selekeh, mulut berbau, banyak jerawat atau kata2 yg tidak sepatutnya dilemparkan, kerana hati pasangan anda akan tersentuh apabila anda berkata2 demikian.

9. Apabila anda masuk tidur bersama pasangan anda, bukalah segala pakaian anda dan berselimut bersamanya. Ciumlah dengan ciuman yang hangat, iaitu ciuman yang memberikan pengertian bahawa “hanya kaulah satu-satunya yang ku cingtai”.

10. Elakkan bercerita mengenai pasangan anda kepada orang lain, terutama sekali perkara yg boleh menjatuhkan air muka pasangan anda. Jika perlu pun, ceritalah perkara-perkara yang baik sahaja. Itulah tanda anda benar-benar mengasihi pasangan anda.

11. Sekiranya pasangan anda berhajat untuk “bersama” anda, layanilah ia dengan baik walau bagaimanapun kesibukan dan keletihan anda. Banyak perceraian, kecurangan atau kes poligami berpunca dari sikap pasangan yang kurang faham dengan keperluan pasangnya di sudut seks. Kurangnya layanan dan banyaknya alasan menyebabkan pasangan anda berasa bosan.

12. Ketika pasangan anda sakit, tunjukkanlah kesungguhan anda untuk merawatnya dan membangkitkan semula semangatnya, melahirkan kesedihan anda dan harapan anda agar dia lekas sembuh. Dia akan ingat kepada anda dan begitu mengasihi anda kerana dia tahu bahawa anda bukan saja mengasihinya sewaktu dia sihat. Jangan biarkan pasangan anda kesakitan sendiri. Sesungguhnya dalam keadaannya sakit dan anda pula tidak sikit pun menghiraukannya, hati pasangan mudah berkata ‘inginkan
seseorang yg dapat membantu’. Jangan la hanya ingin senang bersama, bila susah tidak hiraukan. Pemikiran lelaki khususnya, tak dapat di baca apabila umurnya 40-an.

13. Apabila pasangan anda meninggal dunia, jagalah anak-anak dengan baik serta berterusanlah menjaga silaturrahim bersama keluarga pasangan anda. Kepada isteri, jika anda melakukan demikian, teruskan la, mudah-mudahan anda akan menemui suami anda disyurga. Sesungguhnya yang paling penting, hormat la suami anda walaupun dia sudah tiada, jangan sekali di caci-keji.

Petua tambahan khusus bagi isteri-isteri yang pengasih..

14. Uruskan perihal suami dari segi pakaian dan makanannya. Bagi isteri yang berkerjaya, selalulah memasak untuk suami. Elakkan suami anda dari selalu makan di luar, kerana air tangan seorang isteri dapat mengeratkan kasih sayang terhadap sesebuah keluarga. Isteri yang bijak menjaga suami akan mengambil berat mengenai dua perkara penting, pertama nafsu batinnya dan kedua nafsu makannya.

15. Ketika suami menghadapi masalah, jangan banyak meminta-minta kerana ini akan menyebabkan suami berdukacita. Walaupun isteri bekerja, usah boros dalam berbelanja, sama-samalah merancang masa depan bersama suami anda. Rujuklah kepada suami anda dalam hal-hal yang mana anda sendiri kurang yakin atau perkara yang melibatkan kesan terhadap ekonomi rumahtangga.

16. Bila anda tidur, sentiasalah mengadap suami anda. Jika pun anda hendak membelakanginya minta izin darinya atau anda berpusing sambil menyentuhnya. Cubalah tidur berbantalkan bahu suami anda, anda dan suami akan merasakan kenikmatannya.

17. Sesekali, ajaklah pula suami anda berjima’. Jika anda merasa malu untuk menyatakannya, lakukan godaan dengan halus. Biasanya seorang lelaki akan memahami tanda-tanda anda memerlukan jima’. Ini akan membuatkan suami anda merasa bahawa dia diperlukan.

18. Apabila anda bersetubuh dengan suami anda, janganlah biarkan dia bersendirian melayarkan bahtera, sedangkan anda cuma menyuakan tubuh anda  untuk disetubuhi dalam keadaan mahu tidak mahu. Hal ini akan sungguh mengecewakan suami anda. Dia akan merasa bahawa dirinya tidak dihargai, sedangkan pada fikirannya persetubuhan itu ialah jalinan kasih dua jiwa yang memanisfitasikan cintanya.

Comments (5)

30 Weeks Precnency

Masuk kandungan ke-30 Minggu, aku bertemu janji lagi dengan nurse-nurse klinik desa. Suami tidak dapat hadir bersama kerana ada hal lain. Aku pun tidaklah kisah. Setakat ni, masih mampu memandu sendiri terutamanya ke tempat kerja.

Lawatan kali ni macam biasa aje. Berat aku dalam masa 2 minggu naik 1.5kg lagi menjadikan berat total 52.5kg. Paras hemoglobin pulak meningkat 0.7gm% menjadikan total hemoglobin aku ke paras 9.8gm%.

Cerita pasal paras hemoglobin aku teringat pulak kat sorang ibu mengandung kena teguran dengan nada yang tak berapa sedap telinga aku nak dengar. Cam ginilah bunyinya..

Nurse: Awak ni, paras hemoglobin awak napa rendah? Ubat makan tak??  
Ibu mengandung: Makan..
Nurse: Awak ambil ubat dengan air apa?
Ibu mengandung: Dengan air susu..
Nurse: Ha! Patutlah tak naik. Kami kan dah bilang, ambil ubat dengan air suam atau jus je. Ni amik dengan susu, serupa takpayah makan ubat! (part ni yang panas telinga aku dengar)

 Setelah selesai giliran ibu mengandung tu, then giliran aku pulak di panggil. Memandangkan paras hemoglobin aku 9.8gm%. Kira masih di bawah 12gm% aku pun kena soal siahsat la juga. Cam gini pulaklah bunyinya…

Nurse: Em..naik sikit je ni. Ubat makan tak??
Isteri: Makan!
Nurse: Ambil ubat dengan air apa?
Isteri: Air masak..
Nurse: Lagi?
Isteri: Air masak je..
Nurse: Susu amik bila?
Isteri: Lebih kurang sejam sebelum makan ubat.
Nurse: Ha..Tu yang tak naik banyak tu. Lain kali ubat amik selang 4 atau 5 jam daripada air susu. Ni pun serupa macam tak makan ubat..

Em..aku ingat boleh terlepas dari kena teguran pedas dia. Tup-tup terkena batang idung aku jugak..Takpalah, kurang2 tak sepedas ibu mengandung yang tadi tu.. (ayat untuk melegakan hati sendiri)

Di samping teguran membinasa dari nurse, beliau juga berpesan supaya aku start prepare barang-barang persiapan untuk kelahiran bayi sulung aku. Aku juga di nasihatkan supaya membasuh semua pakaian bayi yang baru di beli seelok-eloknya dengan basuhan tangan.

Memandangkan everything is under control, so I will proceed with an appointment in the next 2 weeks with the same place and the same time…

Leave a Comment

8 random facts about me

Pada 20 February yang lepas aku telah di tag oleh apis17. So camgini jelah jawapan aku…

8. Aku sekarang ni tengah sarat mengandung. Dah masuk 31 minggu. Harap-harap aku berjaya melahirkan anak sulung perempuan pada May ini, hasil pernikahan aku dan suami pada 25 Mei tahun lepas…

7. Dalam pada aku dok mengandung, aku still membela Musang, seekor anak kucing siam berwarna putih, kelabu walaupun awal2 mengandung dulu asyik dok risau takut anak dalam kandungan di jangkiti penyakit bawaan kucing.

6. Majlis perkahwinan aku dan suami diadakan serentak dengan majlis perkahwinan kakak aku. Kira bersanding 4 orang serentak di dewan. Actually  tak bersanding pun, just makan beradap atas pentas dewan aje. Macam forum perdana pulak aku rasa.. Yang bestnya, kakak aku pun kini sarat mengandung baby sulung dia dan bakal melahirkan pada Mac ini.

….untuk 5 fakta seterusnya tentang isteri.. (bagi mencukupkan 8 facts), kembali ke post lama aku.

… thank to apis17 yang telah mengetag aku..

Comments (5)

Perkembangan Bayi (Minggu ke-29 hingga Minggu ke-40)

Setelah menempuh Minggu ke-1 hingga Minggu ke-16 pregnent, kendian Minggu ke-17 hingga Minggu ke-28 pregnent, pejam celik celik pejam aku dah masuk Minggu ke-30 pregnency. So berikut adalah update kali ketiga dan terakhir aku untuk Perkembangan Bayi untuk Minggu ke-29 hingga Minggu ke-40. Check it out.

Minggu ke-29 - Postur ibu kelihatan lebih besar pada bahagian hadapan terutamanya di bahagian perut yang semakin memboyot. Kulit bayi dalam kandungan semakin merah. Namun ia kelihatan agak berkedut sedikit dan lelemak sudah mula terkumpul pada bahagian bawah kulit. Kelopak mata bayi juga telah terbuka dan sistem pendengaran telah terbentuk dengan sempurna.
(isteri ~ Bakal ibu dan bapa digalakkan dengan lebih kerap mengalunkan surah Lukman (kebijaksanaan) dan surah Yusuf (kecantikkan) untuk dendangan bayi. Lagu2 rock dan heavy metal harap di elakkan sangat-sangat) 

Minggu ke-30 - Ibu perlu banyak berehat. Jika tidak bekerja, pastikan mendapat rehat yang cukup pada hari siang. Pada waktu malamnya pula, pastikan tidur awal dan mendapat tidur yang selesa.
(isteri ~Tips tidur: Angkat sedikit kaki dan letakkan beberapa biji bantal di bawahnya untuk menggurangkan kebengkakan dan menambah keselesaan)

Minggu ke-31 - Ibu akan mendapati tanda kesan regangan merah pada perut. Manakala pada payu dara pula akan kelihatan salur darah yang agak jelas timbul. Ketika ini kedudukan kepala bayi masih berada di bawah. Panjang badannya kini boleh mencecah 37 cm dengan berat 900 g.

Minggu ke-32 - Bayi mengalami pertambahan berat badan. Ia mencapai 1.6 kg. Secara normal kedudukan kepala bayi masih berada di bawah. Menyentuh soal hubungan suami isteri pula, sesetengah wanita hamil akan berasa bimbang apabila melakukan persetubuhan kerana takut ia mencederakan bayi yang dikandung. Sebenarnya, ibu tidak perlu risau untuk melakukan hubungan seks ketika ini kerana ia tidak akan mencederakan bayi.

Minggu ke-33 - Bayi telah memiliki rupa paras yang tersendiri. Rupa inilah nanti yang bakal puan lihat apabila dia lahir kelak. Malah, bayi juga sudah boleh membezakan antara terang dengan gelap.
(isteri ~ Kerapkan rehat. Berbaring sebentar pada waktu tengahari kerana ibu mungkin penat ekoran membawa perut yang membesar)

Minggu ke-34 - Kedudukan bayi betul-betul berada pada pintu rahim. Panjang bayi kira-kira 40.5 cm. Sekarang bayi terbentuk dengan sempurna dan badannya juga sudah seimbang. Masa ini lemak semakin terkumpul dengan pesatnya di bawah kulit bayi. Jadi bayi kelihatan agak tembam.

Minggu ke-35 - Ibu akan merasai kesukaran untuk bernafas, membuang air kecil dengan lebih kerap dan seringkali tidak dapat mengawal air kencing apabila terbatuk, bersin, atau tertawa dengan kuat. Manakala garisan gelap yang mengarah ke bawah perut sudah menjadi lebih ketara dan menonjol. 
(isteri ~ Lakukan beberapa senaman termasuklah senaman pelvik untuk menguatkan rahim)

Minggu ke-36 - Ibu yang berkerja sewajarnya sudah mengambil cuti dan berehat di rumah. Puan perlu mengelakkan keletihan dan kelesuan. Senantiasa angkat kaki dan letakkan di atas bantal ataupun objek tinggi untuk mengelakkan urat timbul atau “varicose vein” dan bengkak kaki. Bayi pada masa ini sudah membesar dan saiznya memenuhi ruang uterus ibu. Ibu akan berasa perut puan begitu penuh, sarat dan sukar untuk membuat sebarang pergerakan.
(isteri ~ Bercuti dan enjoy your holiday with no work. Rest, rest and rest. Let job done by your husband)

Minggu ke-37 - Kepala bayi mungkin sudah turun ke ruang pelvik. Bonjolan ketara pada perut akan semakin membesar. Bentuk bayi dalam kandungan juga semakin membulat dan kulitnya bertukar menjadi merah jambu. Rambutnya tumbuh dengan lebat dan bertambah sebanyak 5 cm. Kuku lembut telah terbentuk pada hujung jari tangan dan kaki.

Minggu ke-38 - Ibu merasa keadaan pundi kencing yang sedikit tertekan dan ini akan menyebabkan kekerapan membuang air kencing terjadi.
(isteri ~ Rajin-rajinkan diri ke tandas dan kerapkan minum air kelapa) 

Minggu ke-39 - Saat hampir bersalin. Perut kita sudah begitu besar dan berat. Buat masa ini kita perlu fokuskan fikiran kepada perkara-perkara positif dan bayangkan pemandangan indah. Kita perlu pastikan segala persediaan untuk melahirkan telah siap dikemas dan diletakkan di tempat yang muda diambil.
(isteri ~ Boleh juga terus letakkan packing barang2 ibu dan bayi di dalam kereta)

Minggu ke-40 - Minggu terakhir dan ini adalah minggu yang ditunggu-tunggu. Ibu akan merasa tidak selesa dan tegang pada bahagian abdomen dan akan merasa sedikit gatal. Ibu juga akan mulai rasa kebas pada bahagian kaki. Bayi dalam kandungan kini telah bersedia untuk dilahirkan. Panjangnya sudah 51 cm dan beratnya telah menjangkau 3.4 kg. Jadi impian bakal ibu dan bapa kini akan menjadi kenyataan dalam sedikit masa sahaja lagi.
(isteri ~Bersabar dan ku doakan semuanya selamat. Amin…)

Diolah dari : www.mengandung.com/newsletter/

Comments (2)